Tab Menu

Followers

Friday, May 23, 2014

MY HEART - 1

"I ceraikan you dengan talak satu!" lafaz Weir. 

Weir pasrah melepaskan Yuhana. 

"Terima kasih Weir..." Yuhana berlalu bersama Hazim. 

Jika Yuhana tidak masuk campur, memang teruk Hazim dibelasah oleh Weir. Weir menendang meja tamu. Pasu bunga milik Yuhana dihempaskan atas lantai. Jiwa sudah menjadi kosong. Amukkan Weir kian menjadi-jadi. 

Mak Pah, orang gajinya itu menjadi gerun melihat tingkah-laku Weir. Ingin ditahan, dia tidak ada keberanian berbuat demikian. Rumah agam itu berselerak dengan kilauan kaca. Weir tidak peduli dengan lukaluka pada jari-jari dan telapak kakinya. Dia yang mulai lesu itu mula memijak anak tangga masuk ke dalam bilik tidur.

Weir melangkah ke bilik air. Dia memulas tombol pili air pacuran. Weir memenjam matanya rapat-rapat. Dia biarkan air pancuran itu menghujani tubuhnya itu.

 ******************************

LELAKI itu tidak terlepas dari pandangan mata Anna. Lelaki itu segak tapi sayang seperti orang tidak siuman lagaknya. Mungkin lelaki itu ada masalah mental. Anna sekadar membuat telahan dalam hati.

Anna meletakkan kopi O di atas meja lelaki itu. Dia mengulum senyuman namun senyumannya tidak berbalas. 

Senyuman itu sedekah Anna. Tak luak pun. Anna mengingati dirinya sendiri.

"Pak Aji... boleh saya pinjam pembantu kedai Pak Aji ni berborak dengan saya." Lelaki itu bersuara.

Anna sedikit tersentak.

"Boleh-boleh. Lagipun dia sudah nak habis buat kerja."

Anna mengetap bibir. Suka hati saja Pak Aji suruh dia berborak dengan lelaki kurang siuman ni? Anna sudah mencongak masa untuk untuk bekejaran ke seven E pula.

"Terima kasih, Pak Aji."

Anna seperti terpaksa duduk menghadap lelaki itu. Mukanya pun penuh rasa tidak bersemangat. Entah apa yang ingin lelaki itu borakkan dengan dia. Kalau tengok gaya macam orang muflis saham. Tidak pun yang kena tipu dengan MLM. Orang sekarang ini, ramai sangat mahu cepat jadi kaya.

Bibir lelaki itu sudah menyentuh cawan kopi O yang dibuatnya. Dia sedikit tersenyum dan meletakkan semula cawan kopinya.

"Kopi ni terasa pahit seperti pahitnya kehidupan saya ini." Dia bersuara.

Kopi tanpa gula memanglah pahit. Bisik hati kecil Anna.

"Hidup dalam realiti tidak seindah fantasi dalam minda. Aku kehilangan semuanya dalam sekelip mata. Isteri yang aku cintai tinggalkan aku. Orang yang anggap saudara khianati aku. Jiwa aku kosong. Hidup macam tidak bermakna."

Lumrah kehidupan. Di mana ada kebaikkan dan di situ juga ada kejahatan. Baik dan jahat sudah selari.

Kesian juga mendengar luahan lelaki ini. 

Anna tersenyum kecil. Namun seketika, senyuman Anna mati apabila lelaki itu mengalirkan air matanya.

"Aku sudah tidak punya apa-apa lagi. Kalau kau berada di tempat aku kau juga akan rasa apa yang aku rasakan. Aku cintakan dia sepenuh jiwa dan raga aku. Aku limpahkan dia dengan kemewahan yang aku miliki tetapi dia tinggalkan aku setelah apa yang aku miliki telah tiada. Walau aku sudah melepaskan dia, aku tidak dapat menerima kenyataan itu kerana cinta aku pada dia masih utuh. Aku rasa seperti mahu menamatkan nyawa aku sendiri."

Anna menghulurkan tisu. Jarang dia melihat lelaki menangis sebegini teruk.

"Kalau kau rasa hidup kau malang, hidup aku lagi malang. Tapi aku tak berputus asa dengan hidup kerana aku ada DIA."

Lelaki itu mengangkat wajahnya.

"Abang aku kaki judi, adik aku asyik tak pernah cukup duit. Aku tiada ibu bapa. Aku hidup dalam ketakutan sebab terpaksa menyelesaikan hutang-piutang abang aku yang sudah ghaib entah ke mana? Hari-hari along datang rumah aku buat onar." Sayu bicara Anna.

"Tapi aku tak pernah berfikir nak mati. Kau kena ingat Allah itu ada untuk kau memohon doa. Mungkin masa senang kau tak pernah berdoa dan bersyukur apa yang kau dapat." Anna menyambung kata.

Anna bingkas bangun. Dia perlu bersiap-siap untuk menyambung kerja di Seven E pula. Dia tidak mhu terlewat untuk masuk kerja.

"Pak Aji, Anna gerak dulu ya..."

"Baiklah. Hati-hati Anna."

"Baik Pak Aji. Assalamualaikum Pak Aji."

"Waalaikumusalam."

**************************************

Weir termangu sendiri.

"Abang aku kaki judi, adik aku asyik tak pernah cukup duit. Aku tiada ibu bapa. Aku hidup dalam ketakutan sebab terpaksa menyelesaikan hutang-piutang abang aku yang sudah ghaib entah ke mana? Hari-hari along datang rumah aku buat onar."

"Tapi aku tak pernah berfikir nak mati. Kau kena ingat Allah itu ada untuk kau memohon doa. Mungkin masa senang kau tak pernah berdoa dan bersyukur apa yang kau dapat." 
Kata-kata gadis itu tergiang-giang dalam kotak minda Weir. Sebaik pulang dari minum di kedai Pak Aji, dia bersendirian di dalam bilik bacaannya. Makanan yang dihantar oleh Mak Pah langsung tidak disentuh. Mak Pah masih setia menghuni di rumah agam itu bersama suaminya Pak Husin dan cucunya Muiz. 

Mujur sahaja, rumah agam ini di atas namanya dan sudah habis dibayar dengan pihak bank. Rumah agam ini banyak meninggalkan kenangan antara dia bersama Yuhana. Matanya sudah sebam kerana menangis.


"I cintakan you seorang..."

"Betul, you cintakan I seorang?" Weir mencuit hidung mancung Yuhana.

"Betullah. I love you soooooo muchhhh..." Yuhana mengucup pipi Weir.

"Thanks darling."

Kemesraan itu masih tidak lekang dalam ingatan Weir.

"Yuhana... you lie!"

Bingkai berisi foto Yuhana itu dilemparkan pada dinding. Weir menangis hiba. Pak Husin meluru masuk ke dalam bilik bacaan itu. Hati tuanya risau melihat keadaan Weir. Dia takut jika Weir mencederakan diri sendiri lagi.

"Ya, Allah... Tuan Weir bawa mengucap tuan." Pak Husin menggosok-gosok belakang Weir perlahan. 


*Siri ni memang laju sikit sambung.. dah ada buat permintaan. Weir tu nama hero thailand. Ter 'berkenan' pulak. Hehehehehe... lastnya ambik terus piccs dia untuk garapan imaginasi watak Weir Azheem.


7 comments:

  1. Alaaaaaaa
    Jgn la n3 pendek sgt ilya
    Syok2 baca, abis plak...
    Potong sggh....
    Best la.... len kali pjg kn ya.... ^_^

    ReplyDelete
  2. best la kak ilya smbung cepat sikit ye..x sabaq nk tunggu part seterusnya...

    ReplyDelete
  3. saya suka hero thai tu pujaan saya.

    ReplyDelete
  4. bestttt
    nak lagi....

    mami comot :-)

    ReplyDelete
  5. bestt...kak...
    nama hero yang unik "Weir"...mula2 ingatkan jepun rupanya thailand...kikikiki
    intro yang buat tertanya2....

    ReplyDelete
  6. Cita yg best...harap panjangkn lg n3 ye...x puas pulak bca...cpat sgt hbs...hehee

    ReplyDelete