Tab Menu

Followers

Thursday, March 20, 2014

Boulevard - 1

 Tajuk asal Mahligai Air Mata, dah tukar tajuk, sebab ramai tak nak sad ending hehehe.. ;)

SEBUAH pub terkenal di Genting Higlands. Anak-anak muda menari bagaikan orang sasau mengikut rentak muzik yang berkumandang. Suasana yang begitu membingitkan telinga. Seorang gadis yang asyik menari menjadi tumpuan sekumpulan anak muda yang sedang bergelak ketawa dengan minuman keras di tangan masing-masing. Aksi gaya yang menggiurkan dan menggoda gadis itu buat mereka kecur liur. Gadis-gadis yang menemani bersama mereka turut terasa cemburu. Masakan tidak, aksi gadis itu tidak lekang dari pandangan mata lelaki-lelaki itu cukup jelita dan punya potongan badan persis seorang model. Lelaki berambut kemas pendek itu memaut bahu lelaki yang sedang menongkat dagu dengan wajah agak mencuka. Hanya lelaki itu sahaja yang tidak memesan apa-apa jenis minuman keras dalam pusat hiburan terbabit. Cukup sekadar segelas coke. Dia tersengih. Siapa yang tidak kenal Aryanz, lelaki yang tidak pernah bertahan dengan cinta. Aryanz sangat terkenal di kalangan perempuan-perempuan materealistic. Apa yang menghairankan gadis-gadis itu sudah tahu dengan perangai Aryanz, namun mereka masih ingin mendampingi lelaki itu.
            
Aryanz tersenyum melihat gadis-gadis ayu yang melintas di hadapannya. Ajakkan untuk menari bersama ditolak dengan lembut. Bukan sengaja mahu menolak. Teman wanita disisinya sudah menunjukkan riak muka tidak senang. Faham benar Aryanz dengan sikap Sara yang kuat cemburu. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan Sara. Aryanz sedang menanti peluang itu. Sara dirasakan tidak memenuhi citarasanya. Dia juga sudah jemu bermain cinta dengan Sara.
             
“I nak pergi ke toilet sekejap.” Sara bingkas bangun. Peluang ini diambil oleh Danny untuk merapati Aryanz. Aryanz seolah-olah memerhatikan seseorang dengan khusyuk. Siapalah gadis yang telah menarik perhatian Aryanz sepenuhnya? Mata tajam milik Aryanz sedang memerhatikan kelincahan gadis yang sedang ligat menari seorang diri itu. Bukan tiada lelaki yang cuba mendampingi tapi gadis itu menolak mentah-mentah. Aryanz cukup tertarik dengan gadis yang lincah menari itu. Gadis itu bagaikan mawar liar yang berduri. Cantik namun tidak boleh disentuh. Gadis itu mengalihkan pandangan matanya. Mata mereka bertaut. Dia mengenyitkan matanya ke arah Aryanz.
             
Aryanz tersenyum melihat isyarat manja gadis tersebut. Dia tahu gadis itu sengaja mahu bermain tarik-tarik tali bersamanya. Lagak riak raut wajah gadis jelita itu tampak angkuh bagaikan dia pemenang utama dalam permainan ini. Aryanz bukan lelaki yang mudah mengalah.
             
“Bagaimana?” soal Danny. Dia tahu Aryanz amat berminat dengan gadis terbabit. Ini peluang Danny merebut Sara dari Aryanz. Dia sudah lama ingin memiliki Sara. Sara hanya memandang pada Aryanz. Danny tidak berpuas hati.
             
“Nampak seperti tidak mudah untuk memikatnya. Dalam masa satu minggu dia akan jadi milik I.” Balas Aryanz penuh yakin.
             
“You berani bertaruh dengan I?” Danny angkatkan keningnya. Aryanz mengulum senyuman. Wang bukan masalah bagi Aryanz. Yang penting dia menang pertaruhan tersebut.
            
 “I bertaruh satu ribu ringgit untuk gadis jelita itu. You setuju.” Danny angkat angka satu di jarinya. Aryanz melirik senyuman.
             
“Boleh percaya ke?”
           
 Of course.”
             
But… if I’m the winner you kena bayar I dua kali ganda dari jumlah tu.” Aryanz memandang tepat ke muka Danny.
            
 Why not? Wang bukan masalah pada I juga.” Aryanz dan Danny sama-sama ketawa. Teman-teman yang lain tidak menghiraukan perbualan dua rakan karib itu. Mereka sudah khayal dengan dunia yang mereka ciptakan sendiri. Mabuk dengan air kotor yang sudah meresap dalam kerongkong dan urat sendi mereka. Sara keluar dari tandas. Dia tersenyum melihat Aryanz  masih melekat di tempat duduknya. Sara merapati Aryanz. Bibir mongelnya dilekapkan pada pipi lelaki itu lama. Danny sekadar jadi pemerhati. Cemburu dengan aksi manja Sara itu!

You want drink it.” Sara menghulurkan gelas minumannya kepada Aryanz. Aryanz menolak keras. Dia tidak akan sentuh minuman terbabit.
           
“I dah kata, I tak minum.” desis Aryanz.
             
“Aryanz… you ini tak gentlemen lah.” Sara mencebik.

Dia menjeling Aryanz manja. “Aryanz… mari kita menari.” Sara menarik tangan Aryanz. Aryanz merentap tangannya kembali. Aryanz makin jelak dengan Sara. Sikap manja dan mengada-ngada Sara merimaskan Aryanz. Sara juga suka mengawal pengerakkan Aryanz. Aryanz tidak suka dikongkong oleh seorang perempuan.
             
“I penat hari ini. You boleh ajak orang lain menari dengan you.”
             
Why? You boyfriend I so you kena menari dengan I. Bukankah kita datang sini untuk enjoy? Kalau begitu apa kata kita…” rengek Sara manja tanpa menghabiskan ayatnya. Dia ingin mengalihkan perhatian Aryanz dari gadis terbabit. Jari-jari runcingnya mula menjalar pada wajah Aryanz. Aryanz rimas. Dia menepis perlahan. Sara mengetap bibir. Aryanz semakin dingin pada dia.
            
 “You jangan nak paksa-paksa I ikut telunjuk you!” Aryanz bingkas bangun. Sara tersentak. Aryanz tidak pernah berkasar sebelum ini. Dia alihkan pandangan mata gadis yang menjadi perhatian Aryanz itu. Gadis itu tersenyum dan mengenyitkan mata ke arah Sara. Panas hati sara dibuatnya. Gadis itu sengaja mahu mempermainkannya.
            “I tahu you sudah jatuh hati pada perempuan itukan? Dasar buaya darat!” Sara mendengus. Dia halakan jari telunjuk ke arah gadis yang masih galak menari sendirian itu. Gadis yang berambut kerinting panjang separas pinggang itu behenti menari. Dia seakan dengar kata-kata Sara. Dia tenung Sara tajam. Kemudian dia melemparkan senyuman manis dan memberikan isyarat mata kepada Aryanz sebelum mengaturkan langkahnya. Dia menghilangkan diri di sebalik kelompok anak-anak muda yang sedang menari rancak.
             
“I tak mungkin bertahan dengan cinta. So, you patut tahu akan kesudahan hubungan antara you dengan I. Bye-bye.” Aryanz bingkas bangun. Masakan dia akan melepaskan peluang untuk mengekori gadis tersebut. Sara menghentakkan kaki dengan tindakan Aryanz itu. Selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia labuhkan punggung disisi Danny. Minuman yang tidak terusik itu diteguk hingga habis. Danny memaut bahu Sara. Sara yang dia idamkan selama ini.
            
 “Aryanz tak mahu you lagi, I boleh ganti tempat dia. Jangan pandang I sebelah mata. I boleh berikan apa saja yang Aryanz tidak berikan pada you.” Sara kerling Danny. Sara sedar Danny menaruh perasaan pada dia. Danny pun apa kurangnya. Kacak dan kaya juga. Sara memaut pinggang Danny. Danny senyum nakal.
             
“Temankan I menari.”
            
 Danny menurut langkah Sara. 

Gadis itu sengaja membiarkan Aryanz mengekori langkahnya. Dia mengorak senyuman penuh makna. Terkecoh-kecoh Aryanz mengejarnya. Sebaik saja mereka sampai di tempat parkir kereta gadis itu behenti melangkah. Dia memalingkan kepalanya.
             
“Kenapa you ekori I?” bicara gadis itu. Dia menyilangkan tangannya. Wajahnya sengaja dikeruhkan. Dia sudah lama menanti peluang ini. Jual mahal terhadap lelaki di sekelilingnya punya maksud tersirat. Lelaki itu yang dikejar selama ini. Lelaki itu yang ingin dia dekati dengan niat yang masih tersirat.
             
“Salahkah I mengikut you?” ujar Aryanz. Bibirnya menguntum senyuman. Gadis itu segera dihampiri. Pinggang gadis tu raih lembut. Gadis itu seakan membenarkan Aryanz berbuat demikian. “you memang bijak menggoda I.” sambung Aryanz.
             
“Goda you? nonsense’s!” Gadis itu menolak tubuh Aryanz. Saja dibuat-buat wajah marahnya.
            
 “Tiada gadis yang tidak sudi bersama I.”
             
“Haa…haaa…haaaa…you terlalu yakin. I bukan jenis gadis yang mudah diperkotak-katikkan.” desis gadis itu.

Aryanz ketawa kecil.
             
“Menarik.” Aryanz memaut dagu gadis itu. Mata mereka saling bertatapan. “Anatasya you tidak perlu berpura-pura depan mata I lagi. I tahu siapa you?” Siapa yang tidak kenal akan gadis bernama Anatasya yang berhidung tinggi. Gadis jelita yang menjadi rebutan lelaki namun amat sukar untuk didekati. Sayangnya Anatasya pandai bermuka-muka dan tidak pernah serius dalam perhubungan. Dia dan Anatasya memang secocok.
            
 Anatasya ketawa kecil lalu menepis tangan Aryanz. Dia senang Aryanz masih mengenali dirinya. Anatasya bersandar pada kereta sportnya yang berwarna merah itu.
            
 “Kalau you nak I jadi milik you, you mesti menang bertanding dengan I dulu. If you sahut cabaran I, I akan jadi milik you.”Jari telujuk runcing di lekapkan pada bibir Aryanz.
             
“Ada syarat? Tapi I sukakannya.” Aryanz tersenyum sinis. “I terima cabaran dari you? tapi you mesti kotakan apa yang you janjikan.” Aryanz kenyitkan mata. Nakal.
             
“Berlumba dengan I. You berani.” Anatasya mengibas rambutnya ke belakang. Dia melirik senyuman manis. Dia kerling Cagiva milik Aryanz. Anatasya cukup yakin dia boleh memenangi perlumbaan itu.
             
“Jangan pandang rendah dengan cagiva  I. I takut you yang menyesal nanti.”
             
 “Well… kita tunggu dan lihat siapa yang akan ketawa sebagai pemenang.” Anatasya membuka pintu keretanya. Dia melangkah masuk dan menghidupkan enjin keretanya. Tanpa menunggu lebih lama Anatasya memecut keretanya sambil melambaikan tangan kepada Aryanz. Aryanz merengus kecil. Dia menyarung jaket hitamnya. Aryanz memakai helmet menutupi seluruh wajahnya. Dia memulas kunci motorsikalnya. Deruman bunyi motorsikal berkuasa tinggi itu memecah kesunyian di tempat parkir tersebut. Mototsikal berkuasa tingginya mula bergerak. Aryanz memulas minyak dan memecut selaju-lajunya untuk mendapatkan Anatasya yang jauh ke hadapan. Lebuh raya pada jam tiga pagi begini tampak lenggang dan amat mudah untuk dia mengesan kedudukan Anatasya.
             
Anatasya menekan pedal minyak. Bibirnya mengulum senyuman bila melihat motorsikal berkuasa tinggi milik Aryanz makin mendekati. Mereka saling potong-memotong. Sukar untuk menentukan antara mereka yang bakal menjadi pemenangnya. Anatasya ketawa kecil bila kereta sportnya memotong dan meninggalkan motorsikal Aryanz jauh ke belakang. Fikirnya, Aryanz mungkin tidak dapat mengejar dia kali ini. Kemenangan adalah milik dia. Namun, Anatasya lupa lelaki seperti Aryanz juga tidak suka akan kekalahan. Aryanz memecut motorsikalnya.
            
 “Jangan kau fikir Cagiva aku tak boleh menandingi kereta sports kau. Kau dah silap buat pengiraan Tasya.” bisik hati kecil Aryanz.
            
 Keruh wajah Anatasya apabila motorsikal Aryanz sudah berada disisinya. Aryanz mengangkat sebelah tangannya memberikan isyarat kepada Anatasya. Anatasya menjuihkan bibirnya. Pantas motorsikal Aryanz memintas kereta sport Anatasya. Siapa yang menang dan siapa yang kalah sudah diketahui keputusannya kini. Anatasya benar-benar tidak puas hati tidak dapat menundukkan Aryanz. Kereta sport milik Anatasya terkandas di persimpangan. Dia hentakkan tangan pada streng kereta. Bunyi deruan motorsikal berkuasa tinggi milik Aryanz jelas kedengaran dalam corong telinga Anatasya. Anatasya menjeling Aryanz yang sudah behenti tidak jauh dari keretanya. Aryanz melirik senyum kemenangan. Kalau sudah kerap berlumba di trek memang tidak menjadi halangan buat Aryanz berlumba di lebuh raya pula. Aryanz turun dari motorsikalnya lalu merapati kereta sport milik Anatasya.
             
“I nak tuntut janji dari you.” Aryanz mencuit dagu Anatasya. Anatasya mencebik.
             
“Bukan mudah lelaki nak tundukkan I.” desis Anatasya. Nampaknya Anatasya seakan tidak mengakui kekalahannya dalam perlumbaan tersebut.
            
 "I orang pertama yang akan tundukkan you." Aryanz menarik pintu kereta sport Anatasya. Dia paksa Anatasya keluar dari keretanya. Pantas tubuh langsing itu dirangkul ke dalam pelukannya. Sesak nafas Aryanz dengan haruman di tubuh gadis itu. Aryanz  merapatkan bibirnya pada cuping telinga Anatasya.
             
"I mahukan ganjaran I." bisik Aryanz perlahan. Dia memberikan isyarat mata kepada   Anatasya. Anatasya tersenyum sinis.
            
 "Kiss I." Anatasya membisik manja.
            
 Kiss you? You jangan bermimpilah. ” Aryanz meleraikan rangkulannya dari pinggang Anatasya. “You jangan fikir I akan masuk dalam perangkap permainan you.”            “Hmmmm…you takut?”
             
“You tidak akan dapat menggantikan tempat dia. Di hati I hanya ada dia. Hanya dia bernilai seratus peratus di hati I.”
             
“Habis, mengapa you sudi bermain dengan I, Aryanz? You pun tahu you tidak boleh bersama dia! Hakikat tidak akan berubah, Aryanz.” Anatasya menyilangkan tangannya.
           
 “You tidak berhak mencampuri urusan peribadi I!” Aryanz meninggikan suaranya.
            
“You hanya mengejar bayang-bayang.  I takut you juga akan sakit mental seperti dia.” Anatasya melebarkan senyuman.
             
Aryanz membisu. Aryanz tidak mengambil masa lebih lama di situ. Dia segera menunggang kembali motorsikalnya lalu memecut laju dalam kegelapan malam. Anatasya tertawa.


ARYANZ memulas cembul pintu bilik hotelnya. Dia menyalakan lampu dalam biliknya itu. Saat itu matanya terpaku pada bungkusan kotak atas mejanya. Ada keluhan berat di bibir Aryanz. Nampaknya ‘DIA’ sudah pulang. Aryanz campakkan jaket kulitnya atas tilam. Bungkusan kotak itu dicapai. Ligat tangan kasar itu mengoyakkan balutan pada kotak terbabit. Satu topeng plastik dikeluarkan dari kotak itu. Topeng bermuka senyuman palsu itu seakan menggambarkan dirinya sendiri.
            
 “Hmmmmm… nampaknya kau memang suka bermain-main dengan aku.” Nyata Aryanz mengenali pengirim topeng itu. Topeng itu dicampakkan atas katil. Sekeping nota kecil dipandang sekilas lalu. Dia mengerutkan dahi. ‘hidup kau hanya berselindung di sebalik topeng’. Aryanz mengetap bibir. Dia pandang wajahnya ke arah cermin. Dengan rupa paras yang kacak dan harta kekayaan milik keluarganya dia diburu oleh gadis-gadis jelita yang mahu menumpang kesenangan. Namun, tidak ada seorang dari mereka yang mampu membuka pintu hatinya yang tertutup untuk cinta. Cintanya sudah mati untuk insan yang dipanggil wanita! Cinta itu membahagiakan dan cinta itu juga sungguh kejam!
             
Aryanz kepalkan penumbuk di tangan kanannya. Dia  hentakkan penumbuknya pada cermin terbabit. Berderai bunyi kaca-kaca jatuh menyimbah lantai. Saat itu, Aryanx meraup wajahnya. Darah merah mengotori wajah kacaknya. Apakah benar dia hanya memakai topeng untuk menutup identiti sendiri.

 *Layan lagu Scorpian - wind of chain.   

No comments:

Post a Comment