Tab Menu

Followers

Friday, November 22, 2013

Kopi Cinta - KC1

Di negara-negara yang beriklim sejuk, minum kopi menjadi amalan lazim bagi penduduknya. Di Finland misalnya, aktiviti minum kopi setiap hari dilakukan sekerap 3 jam sekali di waktu pejabat. Di Kanada pula, kopi menjadi satu minuman penting dalam rutin harian warganya. Tidak mengira tempat dan waktu, di mana-mana sahaja kelihatan orang membawa cawan kopi atau minuman seumpamanya.Tidak hairanlah, kedai-kedai kopi pelbagai jenama muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia. Dan kopi seolah-olah menjadi fenomena baru warga dunia zaman kini. Sebut sahaja Starbucks, Second Cup, Tim Horton, Gloria Jeans Cafe, Kopitiam, Warung Kopi Pak Ali atau Kedai Kopi Ah Beng semuanya menjual pelbagai jenis minuman berkafein ini.   ~ penulis merujuk dalam sumber internet >_<

Penyediaan kopi adalah proses menukar biji kopi menjadi minuman kopi. Sementara cara penyedian tertentu berbeza dengan jenis kopi yang diingini dan dengan jenis bahan mentah yang digunakan, proses itu terdiri dari empat langkah asas. Pertama, biji kopi mentah perlu dipanggang. Kedua, biji kopi yang dipanggang kemudian perlu dikisar. Ketiga, kopi yang dikisar perlu direndam dengan air panas untuk tempoh tertentu (direndam), dan akhirnya air kopi perlu dipisahkan dengan keladak kopi yang telah digunakan dan tidak diingini lagi.

Kopi sentiasa direndam sejurus sebelum diminum. Dikebanyakan tempat, kopi boleh dibeli tanpa diproses, atau telah dipanggang, juga telah dipanggang dan dikisar. Kopi sering kali di bungkus hampagas bagi mengelak pengoksidaan dan melanjutkan jangka hayat dipara.

Hidangan kopi yang lebih pantas adalah menyediakan kopi kosong. Letakkan gula dan serbuk kopi bancuh dengan air panas. Mudah dan cepat. 

Anna gadis berkelulusan undang-undang sanggup melupakan cita-citanya sebagai peguam demi mewarisi perniagaan kedai kopi turun-menurun keluarganya. Kopi 'CINTA' adalah milik neneknya yang bernama Chinta. Kopi 'CINTA' telah ubahsuai rekaan bentuknya namun mengekalkan keaslian yang ada. Di luar tampak indah seperti kedai kopi moden tetapi dalamannya seperti warung kopi lama. Di situ keunikan kedai kopi 'CINTA'


"SHIT!"  Anna memutarkan stereng kereta. Nyaris dia melanggar lelaki yang melintas di hadapannya itu.

Lelaki itu merengus marah. Dia tayang buku lima ke arah Anna. Dia tidak nampakkah yang pemandunya itu seorang gadis. Anna mengetap bibir. Bukan setakat itu sahaja. Lelaki tersebut menghempuk depan keretanya itu dengan payung dalam pegangan. Terjegil biji mata Anna. Puas hati, lelaki itu melangkah pergi.

Anna keluar dari perut kereta memeriksa keadaan keretanya. Tiada kerosakan apa-apa. Nasib baik. Anna tersenyum sendiri. Macam-macam kerenah orang di kota metropolitan ini.

Enjin keretanya dihidupkan semula. Perlahan-lahan bergerak menuju ke destinasi yang dituju. Anna memarkirkan keretanya di tempat yang disediakan. Dia melangkah keluar dari perut kereta sambil menjinjing beberapa buah buku di tangan.

Pintu kedai kopi 'CINTA' di tolak. Anna melemparkan senyuman manisnya.
"Selamat pagi Cik Anna."
"Pagi Rose."
"Cik Anna mahu saya sediakan kopi?"
Anna menggeleng.
"Tidak mengapa. Saya akan bancuh sendiri."

Rose sudah sedia maklum yang Anna akan menyediakan hidangan sarapannya sendiri di situ. Anna tidak bersarapan di rumah.

"Pagi Cik Anna..." Staf-staf di kedai kopi 'CINTA' yang lain menegur lembut.
"Pagi..." Anna akan sentiasa membalas dengan senyuman manisnya.

Anna menunju ke bilik pejabat kecilnya. Dia meletakkan buku-buku yang di bawa. Buku-buku tentang kopi. 

Anna tidak pernah berputus asa mencari resipi kopi yang luar biasa. Aroma kopi yang membuatkan penggemar kopi tidak akan melupakan nikmat kopi tersebut.

Anna membancuh kopi yang sudah sedia dikisar sendiri. Dia cuba menghidu aroma kopinya. Aroma yang biasa dinikmati oleh penggemar kopi sepertinya. Tiada yang luar biasa.  

Anna menghirup kopinya perlahan-lahan. Dia mengetap bibir. Pahit! Dua ketul gula berbentuk kiub di letakkan dalam kopinya. Anna seorang yang tidak sukakan 'kemanisan' dalam minumannya.

1 comment: