Friday, September 27, 2013
Nilai Cintanya - NC 25
Thursday, September 26, 2013
Teman Pengganti - Episode 4
“MAMA…” Juliez meluru
memeluk Puan Sri Selena.
“Anak gadis mama ni
semakin cantik.” Puan Sri Selena memuji.
Juliez memberikan
isyarat mata kepada Joe. Apabila menerima pujian sekejap sahaja rajuknya pada
Joe hilang. Joe tidak endah. Dia tidak pernah iri hati jika papa dan mama pilih
kasih antara dia dan Juliez.
“Joe…” Puan Sri Selena
memanggil anak bujangnya itu.
Joe menghampiri.
“Tak mahu peluk mama?”
Joe menghampiri dan
mendakap tubuh mamanya erat.
“Joe sihat?”
“Alhamdulillah… sihat.”
Sunday, September 22, 2013
Teman Pengganti - Episode 3
PANDANGAN mata Joe yang
maha tajam itu buat Fika rasa tidak selesa. Tolonglah… seram dan meremang bulu
roma pun ada. Cepatlah pesanannya sampai. Habis makan dia boleh terus pulang.
Lepas ini maaflah dia mahu bertembung dengan Joe ini lagi. Kalau bertembung
juga dia akan mengelak.
Joe pula suka melihat
sikap Fika yang mudah gelabah. Comel juga gadis bernama Fika ini. Geram pula
dia melihat pipi tembam Fika. Mahu saja dicubit-cubitnya. Namun Joe tahu
pergaulan antara perempuan dan lelaki ada batasnya. Fika itu belum sah untuk
disentuh. Dia rasa mahu mengajak Fika menikah sahaja. Namapk sangat kau gelojoh
Joe!
Friday, September 20, 2013
Teman Pengganti - Episode 2
RAFIKA Dewi Dihran. Nama penuh gadis
bertudung Hana Tajima tu. Dia tertinggal kad pelajarnya semalam di
perpustakaan. Mujur Joe yang menjumpainya.
Jonathan Azmir dan Rafika Dewi. Joe
menulis nama penuh dengan nama gadis itu. Nama mereka memang glamer. Kalau masa kecil dia boleh
bercakap dia tidak mahu nama terlalu over
sangat. Nama sudah seperti nama mat salih pula. Apa yang ada difikiran
orang tuanya Joe tidak tahu. Papa dan Mama pun memang amalkan kehidupan mereka
ala barat.
Joe teringat kata Mak Usu. Hidup kaya
macam mana pun bila dah tutup mata kain kafan putih juga yang membaluti tubuh.
Tiada kedudukan darjat lagi masa itu. Orang kaya ke… ornag miskin ke… sama
sahaja. Dalam kubur tetap disoal Malaikat Munkar dan Nankir.
Thursday, September 19, 2013
Teman Pengganti - Episode 1
Joe mencoretkan penanya di atas kertas.
Setitis air matanya tumpah mengenai coretan yang ditulis. Joe menekup mulut.
Batuknya semakin berterusan hingga menumpahkan darah. Darah yang hampir menitis
segera di tadah dengan tangan kirinya. Dia tidak mahu coretannya itu dicemari
oleh darah.
Fika…
Coretan
ini adalah coretan terakhir dari Joe buat Fika. Joe tidak menduga hati Fika
sekeras kelikir. Joe tahu Joe telah lukakan hati Fika. Joe tidak layak menjadi
seorang suami dan ayah. Joe membiarkan Fika menderita sendirian. Joe biarkan
Fika terumbang-ambing. Joe tahu Fika begitu marahkan Joe tetapi di dalam hati
Fika masih cintakan Joe. Buktinya? Tidak perlu rasanya Joe jelaskan kepada
Fika. Fika tahu sndiri.
Sunday, September 15, 2013
Tuesday, September 10, 2013
Pertukaran Tajuk - Nilai Cintanya...
Alhammdulillah Nilai Cintanya bakal menemui pembaca 2014 nanti begitu juga dengan Queen Control. Sayangnya terpaksa membuat pertukaran tajuk disebabkan tajuk Nilai Cintanya sudah diguna pakai oleh terbitan Creative Enterpise dari karya Rozita Abd Wahab.
Setelah berfikirsatu hari Ilya fikir mahu gunakan tajuk Nisbah Cinta untuk gantikan tajuk Nilai Cintanya… Memang pening untuk mencai tajuk juga menggunakn short cut NC. Fuhhh…
Subscribe to:
Posts (Atom)