Tab Menu

Followers

Tuesday, January 15, 2013

Kekasih Atas Kontrak - Bab 7,8

Bab 7

TIA oh Tia...comel pula perempuan seorang ini. Absyar menongkat dagu sambil memerhatikan gelagat Tia yang sedang melompat-lompat untuk mendapatkan buah mempelam di hadapan halaman rumah Nenek. Macam mengindam pulak si Tia ni.

"Abysar...mehlah tolong Tia ni!" Tia menjerit manja. Saja mahu tunjuk pada Amrish yang kebetulan lalu di situ.

Absyar pun memainkan peranannya. Dia menarik dahan buah mempelam dengan mudah. Tia rendah sebab itu terlompat-lompat.

"Nah! Buah masam ni jugak yang dia nak." Bebel Absyar.
"Buah ni dah masaklah." 
"Kalau dah kupas nanti bagilah Ab sikit ya." Absyar mengenyitkan mata.
"Boleh saja. Tia suapkan ya."
"Amboi-amboi...ingat suami-isteri ke?"
"Gurau sajalah." Tia berlalu membawa buah mempelamnya. Sempat dia mencuri pandang ke arah Amrish.

Manja pulak si Tia ni. Tahulah bekas kekasih ada depan mata. Absyar muncung sedepa. Entah-entah Tia ada hati dengan bekas kekasihnya itu. Tak baiklah kalau Tia berfikiran begitu sebab Amrish sudah menjadi abang iparnya. 

Absyar alih pandangan matanya pada Amrish. Patutlah dua-beradik tu berebut dulu, Amrish memang hensemlah. Kalau dibandingkan dengan dia bagaikan langit dengan bumi. Dia hitam manis tapi Amrish berkulit kuning langsat. 

"Ehemm..." Amrish berdehem kecil. Saja mahu tarik perhatian dari Absyar.

Absyar berpaling. Absyar memalitkan senyuman.

"Sakit tekak ke bang?" Saja disoalnya begitu.
Berubah muka Amrish. Budak seorang ini sengaja buat tidak faham pula. Geram Amrish.
"Aku panggil kaulah, budak." Desis Amrish.
"Saya bukan budaklah bang. Dah akil baligh pun. Bulu kaki pun dah lebat. Kan lebih molek panggil nama saya. Abang pun tahu nama saya." Cebik Absyar.

Loya buruk pulak mamat ni. Gerutu Amrish dalam hati. Macam manalah Tia boleh tersangkut dengan mamat ni? Amrish cukuplah tidak berpuas hati dengan kriteria Absyar. Si Amrish ni lupa agaknya yang dia tinggalkan Tia sebab Misha. Pandai pula mahu tunjuk cemburu. Sedarlah diri tu Amrish. Awak tu dah berkahwin. Dah ada bini.

"Emm...aku lupa pulak nama kau." Sengaja Amrish buat garu kepala. 

"Nama saya Absyar." Absyar menjawab. Ala dia tahulah taktik bekas kekasih Tia tu. Kita tengok siapa hebat nanti.
"Oh..Absyar ya." 
Absyar tersengih.

"Berapa lama kau kenal Tia?" Amrish sudah mula menjalankan siasatan tidak bertauliahnya.

"Emmm...jap nak kira."
Amrish kerut dahi.
"Buat apa nak kira pula?" 
"Dalam satu bulan ada yang 30 hari, 31 hari dan dalam februari ada yang 28 hari dan ada 29 hari..." 

Absyar memang buat loyar buruk dengan Amrish. Riak muka Amrish berubah. Apa jenis teman lelaki yang Tia pilih? 


"Dah-dah! Aku tak nak kau kira lagi. Apa yang penting aku tak mahu kau main-mainkan Tia." Bunyi macam bagi amaran saja.

"Saya tak mainkan dia. Saya cuma tahu abang yang mainkan dia sebelum ni."
Terkena balik Amrish.

"Hmm...itu urusan aku dengan Tia. Lagi satu jangan panggil aku abang. Aku bukan abang kau." Rengus Amrish.

"La...saya bakal adik ipar awak...mestilah saya kena panggil awak tu abang. Ikut pangkatlah." Absyar menjawab.

Panas pula hati Amrish. bergegas dia angkat kaki.


Absyar ketawa mengekeh. 


"Bukan main suka lagi?" Tia menyapa. Dia perasan yang Amrish memanggil Absyar tadi. Dia sengaja buat tidak perasan.

"Seronok tengok reaksi abang iapar awak tu?"
"Dia tanya apa?"
"Macam-macam."
"Dia jealouslah tu." 
"Awak ada lagi perasaan pada dia ke"
"Please...I hate him!"
"Mulut kata benci tapi dalam hati masih sayang."

Tia bercekak pinggang.


"Excuse me...Saya tak kebulurlah lelaki yang bukan teruna lagi. Lelaki yang sudah jadi milik orang." 


Lelaki yang bukan teruna? Absyar ketawa berdekah-dekah. Ayat Tia itu melucukan dia.


Sudahnya Tia hentak kaki dan merajuk! Absyar perlu jadi tukang pujuk Minta maaflah. Hal pujuk-memujuk ni bukan bidang dia. 


Bab 8


"TIA jadi pengapit pengantin perempuanlah." Cadang nenek.

Tia menghalakan jari telunjuknya pada dirinya sendiri. Tia menggelengkan kepala.


"Kenapa?" Soal nenek.

"Tia tak pandailah nak kipas pengantin. Pengantin jalan macam model, kalau Tia terpijak kain meleret pengantin nanti tak ke jadi kes naya."

Absyar yang duduk tidak jauh dari mereka menekup mulut. Tia jeling Absyar dengan ekor matanya.


Nenek mengusap dagu.


"Tia tak mahu ambil seri penganti ke?" 

"Emmm...tak mahulah." Tia menggeleng.
"Masalahnya pengapit si Marina tu cirit-birit sampai masuk hospital. Ini kes emergencylah Tia." Nenek memujuk.

"Tia kekok depan orang ramailah. Karang Tia yang pengsan pula." Tia amsih memberikan alasan.


Terburai ketawa Absyar. 


"Kah..kah...kah..."


Tia naik bernag. Dia baling buku novel seberat kamus itu tepat mengenai Absyar. Berpinar kepala Absyar. 

Nenek terkejut bukan main kepalang dengan tindakan drastik cucunya itu. Ada ke patut buat kekasih macam itu sekali.


"Meninggal anak teruna orang nanti." Terkocoh-kocoh nenek mendekati Absyar. Dia mula menjalankan check-up pada kepala Absyar dengan teliti. Takut juga ada luka atau lebam. 


Tia buat dono. Lantaklah kalau Absyar nak cedera sampai masuk hospital. Geram!


"Lebam kepala boifren kamu Tia. Kena bawa hospital ni bahaya kalau ada darah beku." Suara nenek cemas.
"Ala lebam sikit saja tu." Sahut Tia.
"Sikit kau kata. Meh! kau tengok sini Tia!"

Tia merapati. Dia belek-belek kepala Absyar. Mukanya berubah. Aahlah lebam anak teruna orang dia kerjakan. Wann sudah pesan ajar jaga Absyar baik-baik. Mampus dia kena menjawab dengan Wann kerana mencederakan anak orang.


"Saya bawa awak ke klinik." Ujar Tia.

"Sikit saja ni."
"Jomlah.." Desak Tia. Risau jadinya.
"Bawa hospitallah Tia." Nenek mencelah.
"Kita check klinik dululah nek."
"Hospital!"
"Klinik..."
"Hospital!"
"Klinik.."

Cucu dan nenek mula bertelagah. Absyar jadi tukang tengok.


Alih-alih Tia bawa Absyar ke hospital atas saranan nenek. itupun setelah penat bertikam lidah dengan nenek. Nenek menang! 


Nasib baik lebam di kepala Absyar tidak menimbulkan kesan apa-apa. Tia menarik nafas lega. Kalau ada darah beku memang sah-sah kena bedah nanti. 


"Maaf sebab baling novel pada awak." Ucap Tia lembut.

"Tak apa. Lain kali janganlah beli novel macam kamus. Bahaya! Awak tu jenis menggunakan keganasan."

Tia menjuih bibir. Nenek tersenyum.


"Ajar dia berlembut sikit Absyar. Sejak putus kasih dulu makin ganas jadinya. Nasib baik sempurna jadi perempuan lagi. Mujurlah kau tahan dengan sikap dia, Absyar. Kot orang lain mahunya lari." Komen nenek.

"Nenek..." 
"Saya menerima Tia seadanya."
"Sekali-sekala kena tegas dengan Tia. Nanti dia naik lemak." 
"Nenek..."

Absyar angkat kening. Tadah telinga sahajalah dengar bebelan dari nenek.


MISHA menjeling Amrish yang seperti tidak senang duduk itu. Apa hal dengan suaminya ini? Lain macam gelagatnya sejak bertemu semula dengan Tia.

"Jealous sebab Tia ada kekasih ke?" Misha mendengus.

"Eh-eh...ke situ pulak sayang ni?"
"Manalah tahu. You masih ingat babak-babak kenangan you dengan Tia." 
"Esh! I mana ada babak kenangan bersama Tia." Nafi Amrish.
"So...jangan buat gelagat cacing kepanasan you."
"You nikan..."

Terkaan Misha tu memang tepat. Dia macam tidak boleh terima pula bila Tia bawa Absyar bersama. Absyar bukannya hebat sangat tapi macam manalah mamat loyar buruk itu boleh pikat hati Tia. Sebelum ini Amrish bukan ambil kisah pun pasal Tia. Tapi kenapa sekarang ya?


"Sayang...you dah I seorang cukup. Lagipun you takkan dapat Tia semula sebab you tu milik I." Misha memaut bahu Amrish.


Amrish dah sah milik mutlak dia. Jadi Amrish tidak lari ke mana lagi. Buat apa Puan Misha nak takut pula kan?


"I tahulah. I cuma tak berkenan dengan teman lelaki Tia tu."

"Tak berkenan? Itu hal Tia dengan teman lelaki dia. Buat apa nak masuk campur."
"Misha sayang...Tia itu adik you."
"Amboi...makin ambil berat you pasal dia."
"Adik iparlah..."
"Huh! I tetap tak suka."

Misha buat muka.



*Amrish yang tak sedar diri...

9 comments:

  1. Salam, nak tanya bab 7 ni memang 4 perenggan jer ke? Bab 8 kat mana erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..citer ni tulis dalam blog je ...belum siap lag...

      Delete
  2. sat sgt bcanya ..xpuas pulak nk lpas rndu dgn Tia n absyar .. huhhuhuh.:'(

    ReplyDelete
  3. best-best!! tak sabar nak tunggu versi cetak nanti.. :D

    ReplyDelete
  4. Hahaha. AMrish jeles !! kelakar je tia. Abis biul absyar kene baling dgn novel !! Akak cepat2 lah cetak.. Nk baca lagi :)

    ReplyDelete
  5. kak novel nie blum hbis kn...
    hbiskn larh kak..syok..

    ReplyDelete
  6. Best gilerrr!!! Kalau novel ni ditulis dgn hbis boleh buat drama lh..!! Terbaik!!!

    ReplyDelete
  7. Best gilerrr!!! Kalau novel ni ditulis dgn hbis boleh buat drama lh..!! Terbaik!!!

    ReplyDelete