Tab Menu

Followers

Sunday, October 23, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 5

BATRISYAH bercekak pinggang bila melihat keretanya dihadang oleh kereta yang cukup dia kenali. Dia mengetap bibir. Baby Liyana di sebelah hanya menggelengkan kepala. Tahu sangat siapa tuan empunya kereta yang hadang kereta Batrisyah itu. Siapa lagi kalau bukan Syed Ibtisyam! Mamat tiga suku yang memang suka saja mencari gaduh dengan dia. Batrisyah menendang tayar kereta tersebut. Melepaskan amarah di hati. Baby Liyana jongkot bahu. Malas  mahu menahan Batrisyah yang sememangnya cepat panas baran.
            Bersiul-siul kecil Syed Ibtisyam apabila menuju ke tempat letak kereta di dalam Jaya Jusco itu. Bibirnya mengulum senyuman bila melihat dua orang gadis yang sarat mengangkut barang itu sedang sinis memandangnya. Sengaja dia hadang kereta Batrisyah. Tidak menduga pula Batrisyah akan membeli-belah di Jaya Jusco pada hari minggu begini.
            “Awak ni memang tiada kerja lain asyik block kereta saya! Punya banyak kereta kat sini kereta saya jugak yang awak nak block!” Batrisyah melenting.
            “Haahla…Mengapa you ni suka sangat cari pasal dengan Risyah?” celah Baby Liyana. Syed Ibtisyam ketawa. Suka benar dia melihat wajah kemerah-merahan Batrisyah bila gadis itu sedang marah.
            “Jawapannya mudah. Because I love her!” Balas Syed Ibtisyam tanpa segan pilu. Baby Liyana tercengang. Batrisyah buat muka selambanya. Reaksi tidak berperasaan Batrisyah itu buat Syed Ibtisyam bengang. Apakah Batrisyah tidak merasai apa yang dia rasai kini? Dia bukan bermain dengan kata-kata. Dia serius tahu!
            “Jangan percaya sangat dengan kata-kata mamat tiga suku aka buaya tembaga ini, Yana! Mamat tiga suku ni suka mengarut yang bukan-bukan!” Tukas Batrisyah.
            “Saya tak mengarut sayang. I really love you. Please Risyah…Saya hari-hari angaukan awak.” Syed Ibtisyam separuh merayu. Mengapalah Batrisyah tidak mempercayai apa yang dia ucapkan. Keras betul hati gadis yang bernama Nur Sufi Batrisyah ini. “If you berkeras tidak mahu menerima cinta I…I tidak akan kalihkan kereta I selagi you tidak berikan I jawapan.” Syed Ibtisyam bersandar pada keretanya.
            Jika Batrisyah berkeras maka dia juga perlu berkeras. Dia mahu Batrisyah akui
cintanya itu tulus.
            “Kurang asam punya mamat tiga suku!” Batrisyah tegak berdiri mengadap Syed Ibtisyam. Terjegil biji matanya. Baby Liyana tersenyum. Batrisyah jenis yang pantang mengalah. “Awak nak saya menjerit panggil security ke?”
            “Panggillah…saya tak takut.” Syed Ibtisyam bulatkan matanya.
            “Ooooo…tak takut ya. Baik.” Batrisyah membuka langkah kakinya. Tersentak Syed Ibtisyam. Gadis itu memang berani rupanya. Pantas lengan Batrisyah dirangkul. Hampir saja Batrisyah jatuh bersandar pada tubuh sasa lelaki itu. Syed Ibtisyam memang suka jika dapat kesempatan memeluk tubuh gadis tinggi lampai itu. Batrisyah merengus kasar. Pantang betul jika ada lelaki ambil kesempatan padanya.
            “Nasib baik saya tak peluk awak.” Melebar senyuman Syed Ibtisyam.
            “Awak ini memang dasar buaya tembaga! Tak reti-reti nak lepaskan lengan saya ke! Atau nak kena buku lima saya dulu!” Batrisyah mengepal tangannya. Berdekah-dekah Syed Ibtisyam ketawa. Dia gelengkan kepala. Gelagat Batrisyah sering buat dia geli hati. Dia lepaskan tangannya dari memaut lengan gadis itu.
            “Apa hal kecoh-kecoh ni Ib?” Agak garau suara yang menegur itu. Syed Ibtisyam memalingkan wajahnya. Faliq sedang berjalan menuju ke arahnya. Terlopong Baby Liyana. Yang ini lagi kacak orangnya. Macam anak kacukkan arab. Kawan Syed Ibtisyamkah? Tidak pernah terlihat pula dia. Sejak bekerja di bawah syarikat Syed Ibtisyam, semua teman-teman lelaki itu dia kenali kecuali yang ini.
            “I sedang bergaduh dengan singa ni. Sekarang dia sedang mengaum-ngaum nak makan I.” Ujar Syed Ibtisyam sambil ketawa. Faliq gelengkan kepala. Ada saja masalah yang Syed Ibtisyam timbulkan.
Baby Liyana juga tidak dapat menahan ketawa. Lantaklah jika Batrisyah memarahinya nanti. Batrisyah mencebik bibir. Faliq memandang gadis yang dimaksudkan oleh Syed Ibtisyam. Terpaku matanya melihat Batrisyah. Itu gadis yang pernah Syed Ibtisyam tunjukkan di hospital beberapa hari lalu. Masakan dia akan melupakan gadis ayu itu. Lain betul penampilan gadis itu hari ini. Ringkas dengan T-shirt lengan panjang dan seluar denim hitam. Tudungnya turutnya dikenakan warna yang sama. Serba serbi hitam. Namun sikap Batrisyah yang garang itu mematikan niatnya untuk mengenali Batrisyah.
            “Singa…” Faliq sengaja menekup mulut menahan tawa. Tajam mata Batrisyah mencerlung ke arah lelaki di sebelah Syed Ibtisyam.
            “Hmmmm.” Batrisyah merengus. Dia menapak ke arah keretanya. Syed Ibtisyam mengejar gadis itu dari belakang. Dia cuba memaut lengan gadis itu lagi namun Batrisyah mengelak kali ini.
            “Risyah…” panggilnya lembut.
            “Kalau awak masih berkeras mahu desak saya…saya hancurkan kereta mahal awak!” Getus Batrisyah  garang. Menyeringai dia merenung muka Syed Ibtisyam. Tahap kamarahannya sudah sampai kemuncak.
            “Saya tetap berkeras Risyah. Saya tidak kisah if awak mahu hancurkan kereta saya. Saya banyak duit so saya boleh beli baru.” Syed Ibtisyam tutur selamba. Dia mahu lihat sejauh mana kekerasan hati Batrisyah.
            “Okay! Jika itu yang awak mahukan.” Batrisyah berpaling. Tekad kali ini kereta lelaki itu akan diremukkan. Terasa lengannya dicengkam kuat.
            “Berani kau pegang aku lagi!” Batrisyah menengking. Dia tersentak kemudiannya. Bukan Syed Ibtisyam yang mencengkam lengannya tapi lelaki berwajah kacukkan arab itu. Batrisyah hilang keseimbangan. Mujur saja Faliq sempat memaut tubuh gadis itu dari tergelincir jatuh. Merona merah muka Batrisyah. Segera dia menepis tangan Faliq yang merangkul pinggangnya. Adegan sekelip mata itu bikin api cemburu di hati Syed Ibtisyam membara.
            “Seorang lagi buaya tembaga!” Desis Batrisyah. Faliq tersenyum. Dia sendiri bukan sengaja mahu berbuat demikian. Tindakan spontan. “Orang lelaki yang muka-muka handsome ni memang suka menjadi buaya tembaga!” Tambahnya lagi. Faliq geleng kepala. Dia ketawa kecil. Gadis ini….
            “Ib…I rasa baik you alihkan kereta you itu. Cukuplah you dera anak dara orang tu. Nanti dia report pada daddy dia baru you tahu.” Gerutu Faliq.
            “Lagi bagus. Lagi cepat I berkenalan dengan bakal bapak mertua I maka lagi cepat I berkahwin dengan singa ini.”
            “Ib….” Faliq menjeling. Syed Ibtisyam jungkit bahu.
            “Okay…okay…I mengalah kali ini.” Syed Ibtisyam mencebik. Dia masuk ke dalam keretanya.
Batrisyah hanya melihat saja Syed Ibtisyam mengalihkan keretanya. Mengalah juga lelaki itu. Dia mengerling pada teman Syed Ibtisyam yang sedang tegak berdiri memeluk tubuh. Nampak seperti orang berpengaruh. Tengok lagak dan gaya pun Batrisyah boleh mengagak. Ternyata Faliq perasan dengan lirikkan mata Batrisyah yang mencuri pandang ke arahnya. Dia menguntum senyuman. Gadis sedingin Batrisyah sukar untuk dicari.
            Thank you!” Ucap Batrisyah. Dia meluru masuk ke dalam keretanya diikuti oleh Baby Liyana. Laju dia menghidupkan enjin keretanya. Kalau boleh dia mahu cepat-cepat beredar dari tempat letak kereta itu. Sakit hati mahu menatap wajah Syed Ibtisyam dengan lebih lama. Faliq hanya memandang kelibat kereta Batrisyah yang sudah meluncur keluar. Dia menapak ke arah Syed Ibtisyam yang bermuka cemberut.
            “You tidak berpuas hati?” Faliq menepuk bahu Syed Ibtisyam.
            Of course! Apasal you lepaskan dia pergi Faliq. You tahu tak bukan senang I nak menyekat si singa itu. Sekarang ini dia sudah pandai mengelak dari I tahu. Jarang dia pergi naik keretanya. Dia Putra LRT pulak ke tempat kerja. Alasannya takut tersekat dengan traffic jam.” Rungut Syed Ibtisyam.
Faliq mengeluh panjang. Kau kejar dia macam orang gila mana dia tak takut. Cubalah pikat guna otak sikit. Bisik hati kecil Faliq.
            “Dulu dia call you mamat tiga suku now you dapat gelaran buaya tembaga pulak. Dengan I sekali terlibat sama. Garang gila gadis tu. Renungan mata dia tajam habis. Lelaki memang takut nak dekat dia Ib.”
            “Lelaki takut nak dekat tu yang I nak dekat. Bukan sebulan dua I kenal dia dah satu tahun Faliq. Baru ini I berani luahkan perasaan I yang terpendam pada dia.” Bersungguh-sungguh benar Syed Ibtisyam kali ini. Selalunya Syed Ibtisyam tidak peduli jika perempuan tidak melayannya bila diayat. Dia akan cari perempuan yang lain. Katanya ramai perempuan yang tergila-gilakan dia. Sekarang ini lain pula jadinya. Syed Ibtisyam yang terkejarkan gadis seperti Batrisyah. Jinak-jinak merpati.
            Slow-slow my friend. Jangan gelogoh sangat. Mulakan sesuatu hubungan itu dengan niat yang baik. You perlu ada kesabaran.” Faliq memberi kata semangat namun di hati bergentar hebat apabila matanya bertentangan dengan gadis itu. Ada perasaan lain yang hadir.
HAL di Jusco shopping complex telah Batrisyah lupakan. Malah dia berusaha keras mengelak dari bertembung dengan Syed Ibtisyam. Malang sungguh kerana dia bekerja di bangunan yang sama dengan buaya tembaga itu. Marahnya pada Syed Ibtisyam masih belum reda. Nasibnya baik bila diberitahu Syed Ibtisyam bercuti seminggu. Khabar itu disampaikan oleh setiausaha kesayangan Syed Ibtisyam, Baby Liyana memerangkap teman baiknya. Tidak perlulah Batrisyah guna khidmat Putra LRT dalam seminggu ini.
Batrisyah singgah ke MHP bookstore untuk membeli beberapa buah buku. Tiga buah novel tempatan dicapai. Novel tempatan kini sudah banyak persaingan. Batrisyah tertarik pada sebuah novel keluaran Kaki Novel. ‘Selamat Pengantin Baru Isteriku’….tajuk novel itu menarik perhatiannya. Dia membaca sinopsis di belakang novel tersebut. Batrisyah berpuas hati. Setelah memilih beberapa buah novel Batrisyah menuju ke professional department. Batrisyah memilih lagi beberapa buah buku yang sesuai. Batrisyah berpaling setelah buku-buku yang dia ingini berada dalam tangan.
 “Hoi…Mana awak letak mata hah!” Marah Batrisyah apabila dirempuh oleh seorang lelaki….habis bertaburan buku yang berada dalam pegangan tangannya. Geram benar Batrisyah. Kalau iya pun bercakap dalam telefon takkan dia yang sebesar tiang rumah ini tidak nampak. Tanpa memandang wajah lelaki berkaca mata hitam dihadapannya, Batrisyah terus membongkok mengutip kembali buku-buku dan segala yang bertaburan. Sambil mengutip, Batrisyah membebel dalam hati. Lelaki yang melanggarnya itu turut membantu Batrisyah.
            “Maafkan saya…tak sengaja. Terlalu leka dengan telefon sampai tidak nampak awak…sekali lagi maafkan saya.” Ujarnya sambil ligat mengutip buku-buku yang bertaburan. Batrisyah diam dan terus berdiri. Membiarkan lelaki itu mengutip segala buku yang bersepah atas lantai.
            “Lain kali masa bergayut dengan telefon itu mata tengok depan. Tengok kiri kanan! Mata jangan letak atas kepala lutut! Ni nasib awak berlanggar dengan orang, kalau dengan kereta dah arwah awak.” Bebel Batrisyah tanpa mempedulikan lelaki itu yang sudah pun habis mengutip segala buku-buku yang ingin dibeli oleh Batrisyah.
            “Saya tahu salah saya. Awak janganlah marah. Tak baik tau. Orang tua-tua cakap kalau selalu marah nanti cepat tua. Cuba awak senyum sikit.” Usiknya. Buku-buku itu masih berada di tangannya.
            “Eh…mamat ni. Mengada-ngada la pulak….” desis hati kecil Batrisyah.
            “Apa awak peduli saya cepat tua ke tak? Awak jangan nak menyibuklah. Bak sini buku-buku saya tu. Saya mahu bayar ke kaunter.” Pinta Batrisyah. Dia tengah kejar masa. Terlewat pula mahu hadir jamuan makan di rumah Puan Suria malam ini. Jarak Shah Alam dengan Kuala Lumpur memanglah tidak jauh. Dia takut tersekat dengan traffic jams saja.
            “Okaylah. Nah buku-buku awak.” Dihulurkan buku-buku sambil matanya menatap segenap wajah Batrisyah. Sejenak mata mereka bertentangan. Ada perasaan tidak selelasa dengan lelaki ini namun cepat-cepat Batrisyah menepis perasaan itu di lubuk hatinya. Batrisyah melarikan pandangan matanya dari terus bertentangan dengan mata lelaki itu. Lelaki itu macam pernah ditemui sebelum ini. Lantaklah! Dia tidak perlu mahu menyusahkan otaknya untuk mengingati siapa lelaki tadi. Tanpa membuang masa Batrisyah terus mengambil buku-bukunya itu dan terus menuju ke kaunter. Lelaki itu membuntutinya dari belakang. Batrisyah buat tidak peduli.
            “Akak ada MPH member card?” soal gadis di kaunter cashier itu. Batrisyah gelengkan kepala. Dia jarang membeli buku di sini. Rasa rugi jika membuat member card tersebut.
I have a MPH member card. Biar saya bayarkan buku-buku ini untuk awak.” Lelaki itu mengeluarkan wang dari dompetnya. Batrisyah mengetap bibir. “Sebagai tanda minta maaf pada awak.” Lelaki itu menghulurkan wang pada gadis cashier di kaunter itu.
            “Tak perlu.” Batrisyah menahan tangan lelaki itu. Riak wajahnya tidak selesa dengan tindakkan lelaki terbabit. Gadis yang menjadi cashier di kaunter itu tersenyum. Pantas Batrisyah mengeluarkan wangnya lalu diberikan kepada gadis berkenaan. “Boleh tolong wrappingkan sekali buku yang ini.” Novel ‘Selamat pengantin Baru Isteriku’ itu dihulurkan.
            “Boleh…tapi akak kena beli wrapping paper dulu.”
            “Okay.” Batrisyah beredar tanpa menghiraukan lelaki itu. Dia memilih pembalut hadiah yang sesuai. Beberapa ketika kemudian dia kembali semula ke kaunter. Lelaki itu masih tidak berganjak keluar. Asyik memandangnya dengan senyuman lebar.
            “Mahu beri hadiah pada teman ke?” Lelaki itu bertanya.
            Lagi sekali lelaki itu menyibuk. Taktik mahu mengorat agaknya.
            “Apa awak mahu peduli saya mahu beri pada siapa pun! Menyibuk betul!” Getus Batrisyah. Bulat matanya memandang wajah lelaki itu. Lelaki itu ketawa kecil. Garang sekali gadis ayu yang tinggi lampai ini. Setelah bukunya siap dibalut Batrisyah segera beredar dari MPH Bookstore tanpa menoleh ke belakang. Bibirnya terkumat-kamit membebel. Entah apa yang dia bisingkan lagi. Lelaki itu melirik senyuman melihat lenggok langkah deras Batrisyah.
“Kakak tu nampak saja garang tapi sebenarnya baik hati.” Ujar gadis di kaunter berkenaan.
Lelaki itu berpaling. Dia meletakkan sebuah buku untuk dibayar. Berapa wang bernot lima puluh ringgit dihulurkan kepada gadis di kaunter itu.
            “Kerap ke dia datang sini Nor?” Rasa macam pernah dilihat gadis ayu itu. Ah! Baru dia teringat. Itu gadis bidadari Syed Ibtisyam.
            “Kerap jugak. Kadang-kadang dia datang bersama kawan-kawannya. Mengapa? Abang Faliq dah terpikat dengan dia ya?” Gadis bernama Nor itu mengangkat-angkat keningnya. Nor juga berkenan melihat Batrisyah. Dahlah cantik, kulitnya putih melepak pula. Kalau pakai bedak lebih-lebih macam operah cina jadinya. Kalau dipadan dengan Faliq memang sesuai. Faliq tampan, segak dan sasa orangnya. Tinggi sama tinggi.
            “Nor tahu nama dia tak?” Faliq macam penyiasat pula. Nor laju gelengkan kepala. “Betul ke tak tahu ni?” Faliq menjeling.
            “Kalau Abang Faliq mahu tahu nama dia, Abang Faliq kena tanya dia sendiri. Nor just boleh beritahu yang dia masih single available.”
            “Ermmmm…itupun kalau kami ada jodoh untuk bertemu lagi.” Faliq mengulum senyuman. Namun dalam hati moga dia dipertemukan dengan gadis ayu itu lagi.
            Kesian pula bila lihat wajah Faliq yang seakan mengharap. Rasanya tidak salah kalau sekadar memberitahu namanya.
            “Nama dia Nur Sufi Batrisyah.” Beritahu Nor. Makin panjang lebaran senyuman Faliq. Nur Sufi Batrisyah. Nama yang cantik. Secantik tuan yang empunya nama.

BMW Faliq menyusur masuk ke dalam garaj di vila mewah itu. Faliq keluar dari kereta dengan briefcasenya. Kepulangan Faliq disambut oleh orang gajinya, Kak Nona. Kak Nona menyambut briefcase di tangan Faliq lalu dibawa masuk ke dalam. Hening suasana dalam vila mewah itu. Apakah ibunya masih tidak pulang dari aktiviti persatuannya? Faliq mengeluh kecil. Bosan duduk di rumah besar ini namun tiada penghuninya.
            Faliq bersandar lesu pada sofa. Dia memicit-micit kepalanya yang sarat memikirkan kerja-kerja pejabat. Bibirnya mengukir senyuman bila mengingati wajah gadis yang ditemuinya dekat MPH Bookstore itu. Gadis ayu yang mencuit hati kecilnya. Rasa tenang bila dia memandang wajah ayu itu. Nur Sufi Batrisyah…mengapa wajah itu menerjah dalam mindanya tika ini? Kak Nona muncul menatang segelas air kosong. Wanita berasal dari sempadan Thailand itu gelengkan kepala melihat gelagat tuannya yang tersenyum sendiri itu.
            “Teringatkan siapa siang-siang begini Faliq?” tegur Kak Nona lembut. Kak Nona begitu fasih berbangsa Melayu. Al-maklumlah sudah berpuluh tahun menetap di semenanjung. Faliq tersengih lalu menyambut huluran gelas di tangan Kak Nona.
            “Tiada siapa-siapalah Kak Nona. Faliq manalah ada teman wanita.”
            “Muka handsome macam Faliq tiada teman wanita memang Kak Nona tak boleh percayalah.” Kalau sekali tengok Faliq macam anak tok arab. Hidungnya mancung habis. Tubuhnya sasa cukup ideal dengan ketinggian yang dia miliki. Cair perempuan dibuatnya. Tambahan lagi Faliq lelaki yang punya tatasusila diasuh dari kecil. Tutur kata pun lembut sekali. Susah untuk dia melihat Faliq melenting.
            “Betullah Kak Nona. Faliq tiada teman wanita. Malaslah nak bertekak dengan Kak Nona ni. Buat habis air liur je. Ibu mana Kak Nona?”
            “La…Kak Nona ingat Faliq sudah tahu.” Kak Nona menepuk dahi.
            “Tahu apa?”
            “Ibu Faliq pergi bercuti di Paris. Semalam dia sudah berangkat.” Faliq gelangkan kepala. Ibu pergi bercuti pun tidak memberitahu kepada dia. Itulah sikap ibu. Membazirkan duit sahaja. Pastinya Dhiya menemani ibu di sana. Dhiyakan sedang cuti semester. Shopping sakanlah ibu bersama Dhiya.
            “Kak Nona masak apa untuk makan malam ini?”
            “Tom yam campur, telur bungkus, kailan ikan masin dan nasi putih. Cukup ringkas tak?”
            “Amboi! Ini sudah macam menu di gerai tom yam dah.” Kak Nona tersengih. Itu antara masakan dari kampungnya yang bersempadan dengan Kelantan. Faliq juga sukakan masakan tersebut. Belum lagi di tambah dengan sambal belacan. Lagi pula Faliq tidak cerewet fasal soal makan macam Datin Seri Qistiana.
            “Pergi mandilah Faliq. Melekit bau badan Faliq masuk dalam lubang hidung Kak Nona.” Kak Nona kepit hidungnya. Faliq tertawa kecil. Dia bingkas bangun memijak anak tangga menuju ke biliknya.
            Faliq membuka butang baju kemejanya lalu dicampakkan atas katil. Terserlah otot-otot tubuh Faliq yang sasa. Faliq duduk di birai katil. Dia menarik nafas panjang. Kerja di pejabat memenatkan sekali sampai dia tiada masa untuk berehat panjang di rumah atau bersama teman-temannya. Amanat arwah ayah terpaksa dipikul atas bahunya seorang. Ini susahnya menjadi anak tunggal. Tamat belajar terus saja dia menerajui syarikat peninggalan arwah ayahnya yang sebelum ini dikendalikan oleh ibu. Ibu pula sudah leka dengan aktiviti luarnya. Jika bosan ibunya itu akan pergi melancong. Kalau dia ada di rumah ibu pula yang akan membebel pasal hubungannya dengan Dhiya. Masa kecil memanglah dia rapat dengan Dhiya macam isi dengan kuku. Bila sudah dewasa dia dapat merasakan Dhiya bukan gadis pilihan hatinya. Entah mengapa ibunya beria-ia benar mahu menjodohkan dia dengan Dhiya. Tiada yang menarik pada gadis itu. Manja dan kebudak-budakkan. Sengaja Faliq tidak menghubungi Dhiya. Perkembangan gadis itu juga tidak lagi diambil peduli. Biarlah Dhiya mahu merajuk panjang. Dhiya sudah diangggap seperti adik sendiri.
            Bergegar bunyi telefon bimbit di dalam briefcasenya. Faliq malas-malas mahu mengangkat panggilan tersebut. Jika Dhiya yang menelefon pastinya panggilan itu dimatikan begitu saja. Ada keluhan di bibirnya. Panggilan dari ibu.
            “Assalamualaikum. Anak ibu sihat? Anak ibu mesti baru balik kerjakan? Sorry…ibu lupa nak beritahu Faliq ibu pergi bercuti.” Ceria sekali suara ibunya dalam talian.
            “Waalaikumsalam. I’m fine. Iq tengah berehat-rehat di dalam bilik. Ibu sedang buat apa?” Faliq menjawab lembut.
            “Rugi sekali Iq tidak menemani ibu. Ibu sedang minum kopi bersama gadis yang paling cantik di sini. Iq mesti boleh teka kan siapa orangnya.”
            Ya. Tentu saja Faliq tahu siapa gadis tercantik bersama ibunya itu. Siapa lagi kalau bukan Dhiya Izzati. Apa yang cantik sangat pada Dhiya Izzati itu pun Faliq tidak tahu. Pada Faliq gadis itu biasa-biasa saja dari pandangan matanya. Ibu saja yang selalu puji gadis itu lebih-lebih.
            “Hmmmm…” Sedikit pun Faliq tidak teruja mendengar nama Dhiya.
            Dhiya want to speak with you. Ibu pass the phone to her?
            I so tired. I talk with her another time. Please...” Dia tidak mahu bercakap dengan Dhiya. Gadis itu menjengkelkan hatinya. Riak bila bercakap. Macam dia gadis yang bagus sangat. Kalau dilayan pun hanya ala kadar saja.
            “Hai anak ibu ni kuat sangat bekerja. Jaga kesihatan sikit Iq. Kalau sakit nanti ibu juga yang susah. Iq sudah mandi?”
            “Iq tahu ibu. Iq selalu menjaga kesihatan. Iq nak pergi mandilah ni.”
            “Patutlah bau badan Iq sampai di sini ibu hidu. Dah pergi mandi. Malam ini tidur awal. Jangan asyik mengadap kerja saja.” Datin Seri Qistiana mula membebel.
            “Faliq bukan budak kecil lagi ibu.”
            “Anak ibu ni pandai saja menjawabnya. Okaylah ibu kena gerak sekarang. Berbual-bual banyak sangat nanti melambung pula bil telefon ibu. Ingat pesan ibu tadi Iq.” Selepas memberikan ucapan salam Datin Seri Qistiana mematikan talian. Faliq gelengkan kepala. Bukan orang lain yang bayarkan bil telefon ibunya itu tetapi dia. Faliq bingkas bangun mencapai tuala dan mengatur langkah ke bilik mandi.

FALIQ hanya turun dengan memakai pajama dan t-shirt putih. Dia tersenyum melihat Kak Nona yang sedang menghidangkan makan malam di atas meja. Abang Mokhtar turut membantu isterinya itu. Romantis sekali suami isteri itu. Beruntung Kak Nona punya suami sebaik Abang Mokhtar. Meskipun mereka tidak dikurniakan anak namun Abang Mokhtar tidak terlintas mahu mencari yang lain. Lelaki sering mempergunakan alasan untuk ada anak demi menambah kuota yang masih kosong. Si perempuan pula sanggup melukai hati kaum sejenis untuk kepentingan diri sendiri.
            Faliq termenung sendiri. Dia memikirkan tentang gadis yang akan menjadi teman hidupnya kelak. Dia tidak perlukan isteri yang menghiasi diri untuk orang lain bukan untuk dirinya. Isteri yang menjaga kebajikan si suami dan bukan isteri yang sibuk berceloteh dengan teman-teman seangkatan. Apa paling utama ialah agamanya dan bukan paras rupanya. Apabila terkenangkan arwah ayah, Faliq akan bersedih. Ibu tidak menjaga hati dan perasaan arwah ayah. Kebajikan arwah ayah tidak terjaga. Ibu leka dengan persatuan sana sini hingga saat arwah ayah menghembuskan nafas terakhir pun ibu tiada di sisinya. Pemergian arwah ayah tidak mengundang kesedihan di hati ibu yang seperti batu kelikir itu. Ibu sudah lupa pada perasaan cintanya pada arwah ayah.
            Serta-merta wajah ayu Batrisyah menerpa di dalam minda Faliq. Faliq tersentak. Apakah dia….Tidak! Gadis itu adalah buah hati Syed Ibtisyam. Mana mungkin dia mahu
merampas gadis yang bertakhta di hati teman baiknya sendiri. Dia harus mengusir perasaan yang sedang menerjah masuk ke lubuk hatinya itu.
            “Nasinya masih tidak terusik. Faliq masih sempat termenung di meja makan.” Tegur Kak Nona.
            Faliq tersengih. Boleh pula dia berangan di meja makan.
            “Ini mesti ada apa-apa ni? Selalunya Faliq tidak pernah begini.” Kak Nona meneka.
            “Isk! Tiada apa-apalah. Kak Nona ni sajalah.”
            “Tak perlulah mahu main sembunyi-sembunyi dengan abang dan akak ni, Faliq. Kau sudah jumpa dengan gadis idaman kau ke?” celah Abang Mokhtar.
            “Merepeklah.” Desis Faliq. Dia menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Malas dia mahu melayan pertanyaan dari suami isteri itu.
            Abang Mokhtar memandang Kak Nona. Segaris senyuman terukir dari bibir mereka. Siapalah gadis yang berjaya mengugat pintu hati Faliq agaknya. Bukan  calang-calang oragnya itu? Tetapi…setujukah Datin Seri Qistiana dengan pillihan hati Faliq. Setahu mereka wanita itu sudah menyediakan calon isteri buat anak lelaki tunggalnya itu. Faliq tidak perlu asyik mengikut telunjuk ibunya. Dia juga perlu memikirkan masa depannya sendiri. Wajarkah gadis bersifat keanakkan seperti Dhiya dijadikan seorang isteri?
            Mereka tidak membenci Dhiya. Sifat Dhiya yang menjengkel hati mereka. Dhiya gemar berpeleseran dengan dengan lelaki-lelaki lain. Abang Mokhtar dan Kak Nona bukan bukan mahu memburukkan anak gadis kesayangan teman baik Datin Seri Qistiana itu. Mereka pernah melihat Dhiya membawa pulang seorang lelaki tidak dikenali di rumah ini. Waktu itu Datin Seri Qistiana berada di luar negeri bersama Faliq atas urusan perniagaan. Kak Nona terpaksa mengunci mulut dan mendiamkan diri.
            Kak Nona berasa sedih jika lelaki sebaik Faliq berkahwin dengan gadis seperti Dhiya. Datin Seri Qistiana lebih mementingkan darjat dan keturunan dari memikirkan kebahagiaan anak sendiri. Dalam dunia serba moden ini masih ada lagi manusia yang berfikiran sempit seperti Datin Seri itu. Apa ada pada nama dan darjat. Apabila mati kelak kain putih juga yang membaluti jenazah. Tiada nama atau darjat yang akan menjamin kita di akhirat kelak.
            “Kak Nona…” panggil Faliq perlahan.
            “Kenapa Faliq? Masakan akak ada masalah ke?” Kak Nona kerutkan dahi. Rasa dia sudah cukup rencah dia masukkan dalam masakannya tadi. Tidak mungkin ada yang kurang.
            “Isk! Taklah. Saya cuma nak tahu pendapat akak tentang Dhiya. Akak setuju tak kalau saya berkahwin dengan Dhiya?”
            “Siapalah akak ini untuk memberikan pendapat pada Faliq. Akak hanya orang gaji di sini. Akak tak layak Faliq.” Rendah nada suara Kak Nona.
            Faliq tersenyum. Dia tidak menganggap Kak Nona dan suaminya seperti orang gaji. Mereka tidak ubah seperti keluarganya sendiri. Kak Nona banyak berkorban untuk keluarga terutamanya ketika arwah ayahnya sedang sakit.
            “Tiada jurang antara kita Kak Nona. Kita sama sahaja. Manusia yang bermukim di bumi ALLAH ini.” tutur Faliq lembut. Kak Nona dan suaminya terkedu.
            “Faliq…” Kak Nona rasa terharu. Faliq seperti arwah ayahnya. Tidak menilai melalui martabat yang dicipta oleh manusia itu sendiri.

4 comments:

  1. faliq ni knape??
    bnci tolla..
    xtau ke yg ib tu da mmg suke gler kat risya 2..
    bley plak die pon nak msk line..
    sampai nati wat ib camtu..
    xnakla..
    sian kat ib...

    ReplyDelete
  2. hmmm...
    apa yang tak kena dengan faliq
    hehehe...
    jiwa kacau ek....

    ReplyDelete
  3. ala..apesal si faliq ade ati plak ngn risya..mgade jela..da stahun kot si ib usha risya..sje je..

    ReplyDelete