Tab Menu

Followers

Saturday, May 29, 2010

Takdir Cinta Luka_7


“NAMA saya Faliq. Faliq Iftitah.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada Batrisyah. Manis sekali senyuman di bibir lelaki bernama Faliq itu. Puan Suria hanya memandang dengan gelengan di kepala. Faliq hulurkan tangan untuk bersalaman. Namun Batrisyah tidak menyambutnya. Bukan muhrim. Faliq tersenyum. Tidak menduga Faliq adalah lelaki yang dia jumpa dekat MPH Bookstore tempohari. Namun Batrisyah lupa Faliq juga adalah orang yang sama menelefon di pejabatnya tengahari semalam. Dan Batrisyah juga tidak menyedari Faliq pernah bersama Syed Ibtisyam di Jusco shopping complex beberapa hari yang lalu. Lebih mengejutkan lelaki itu adalah pemilik syarikat pemaju yang berurusan dengan syarikat tempat dia bekerja.
            “Nur Sufi Batrisyah Sufian.” Nak tak nak terpaksa juga Batrisyah perkenalkan diri. Sebenarnya dia sudah tahu nama sebenar gadis. Saja dia mahu gadis itu memperkenalkan nama sendiri di hadapannya. Faliq mempersilakan Batrisyah dan Puan Suria duduk. Sempat Puan Suria berbisik pada telinga Batrisyah. Batrisyah mengangguk-anggukkan kepalanya.
            “Saya tidak tahu pulak auntie tea lady janda anak lima ini seorang wanita yang ayu. Boleh pegang dua jawatan sekaligus dalam company.” selamba Faliq menuturkan kata. Saja menyindir gadis itu.
            Batrisyah tersentak. Wajahnya merona merah. Batrisyah mendengus kecil. Puan Suria sudah ketawa kecil. Faliq bermuka tenang.
            “Awet muda. Apa ingat orang yang berumur tidak pandai jaga muka. Perempuan sanggup habiskan wang ringgit dia demi keantikkan. Takkan itu pun awak tidak tahu.” balas Batrisyah tidak mahu mengalah. Faliq direnung tajam.
            “Ha! Ha! Ha! Ha!” Faliq ketawa. Tegang wajah Batrisyah. Apa yang melucukan sangat pada lelaki itu. “Itu sebab nafsu perempuan ada sembilan tapi akalnya satu. Saya percayakan kata-kata awak. Anak-anak awak sihat? Kalau ada masa boleh saya berkenalan dengan anak-anak awak sekali. Bukan senang hidup menjanda dan membesarkan anak-anak seorang diri.”
            “Apa awak mahu sibuk dengan urusan saya. Di sini perbincangan soal kerja bukan soal peribadi saya.” gerutu Batrisyah. Menyesal pula dia ikut Puan Suria ke Teratai Impiana Holdings. Loya buruk pula lelaki bernama Faliq ini. Wajah Batrisyah bertambah tegang. Dia amati Faliq tanpa berkelip mata. Ingatan Batrisyah berputar ligat. Dia mengetap bibir. Patutlah dia seakan pernah mengencam lelaki ini.
            “Kau! Kau! Kaulah kawan baik si buaya tembaga tu!” Batrisyah menundingkan jari pada Faliq. Tersengih Faliq. Gadis itu sudah mengingati dirinya. Puan Suria pula mengerut dahi. Siapa buaya tembaga yang dimaksudkan oleh Batrisyah.
            “Terima kasih kerana mengingati saya. Buaya tembaga awak tiada bersama hari ini. Lainlah dengan awak, hari-hari berjumpa dengan dia. Tapi saya tak sangka buaya tembaga sukakan makcik janda anak lima. Kata orang dalam soal cinta umur bukan jadi ukuran. Cinta itu buta.” Faliq perasan dengan perubahan raut wajah Batrisyah. Gadis itu sedang menahan kemarahan. Batrisyah memang cepat panas hati.
            “Oh! Buaya tembaga pulak you beri gelaran pada Syed Ibtisyam. Risyah…Risyah…” Puan Suria sudah dapat meneka. Jadi awal-awal lagi Batrisyah dan Faliq sudah bertemu. Tapi tidak diketahui pula Syed Ibtisyam dan Faliq berkawan baik. Fikirnya hanya Zaim seorang. Puan Suria menggelengkan kepala berulang kali.
            Batrisyah menongkat dagu. Dia membisu. Malas mahu bertegang urat dengan Faliq. Lelaki itu nampak sopan-santun tapi boleh tahan juga bila bercakap. Lagipun tujuan mereka datang ke sini mahu membincangkan soal kerja. Cepat mereka uruskan masalah yang melibatkan kerja kontraktor lebih cepat mereka beredar.
            “Ermmmm…I rasa kita lupakan hal tadi. Lagipun kita perlu selesaikan masalah kerja kita dengan pihak kontraktor.” Puan Suria perbetulan tempat duduknya. Dia bentangkan pelan lukisan di atas meja Faliq. Mereka mula membincangkan masalah yang berlaku dalam pelan lukisan berkenaan. Batrisyah membisu. Satu patah perkatan pun dia tidak menyampuk dalam perbincangan tersebut. Sesekali mata Faliq mencuri pandang pada Batrisyah.
            Pada masa yang sama Farah melangkah masuk sambil menatang minuman untuk tetamu yang hadir. Farah tersenyum bila melihat Puan Suria bersama Batrisyah. Riak wajah Batrisyah begitu serius.
            “Amboi boss! You senyum memanjang saja. Ada apa-apa yang I ketinggalan ke?” ujar Farah. Dia hidangkan air minuman di atas meja. Batrisyah mengetap bibir. Meluat dengan gelagat Faliq yang asyik tersenyum-senyum.
            “I biasa-biasa saja Farah. Macamlah you tidak kenal dengan I. Senyuman itukan satu sedekah. Orang banyak tersenyum ini mukanya akan nampak muda. Betul tak Batrisyah.” Faliq mengerling Batrisyah yang duduk di sisi Puan Suria. Gadis itu mencebik.
            “Boss usik you saja Risyah. Jangan you ambil hati sangat dengan boss I ini. Tapi I tidak larang kalau dia mahu mengorat you.” Farah mengangkat keningnya. Bertambah cemberut wajah Batrisyah. Membahang hatinya. Kalau tidak fikirkan dia menumpang kereta Puan Suria sudah lama dia angkat kaki.
            Faliq mencuri pandang lagi ke arah Batrisyah. Tegang wajah gadis itu. Argh! Salah gadis itu sendiri. Siapa suruh menipu dia. Faliq tersenyum sendiri. Nur Sufi Batrisyah…mengapa sukar untuk aku mengikis wajahnya dalam ingatan.
            “Puan Suria…saya nak duduk di luar. Panas benar dalam bilik ni.” bisik Batrisyah pada Puan Suria. Berkerut dahi wanita itu. Sah-sah Batrisyah sedang menahan amarah dalam hati. Batrisyah cepat panas baran. Bilalah gadis itu mahu berubah sikap. Nampak lembut di luar tapi dalamnya keras macam kelikir.
            ”Aik! Air-cond begini sejuk awak kata panas Batrisyah. Atau hati awak yang panas sebenarnya.” Faliq tersengih.
            “Bukan setakat hati saya yang panas Encik Faliq, malah seluruh badan saya panas membahang. Rasa macam mahu meletup.” Batrisyah menjegilkan biji matanya. Farah ketawa kecil sambil menekup mulutnya. Batrisyah tidak mahu mengalah.
            “Tak mengapalah Risyah. You tunggu I di luar.  I tahu you tidak selesa di sini. You pun bukan sihat sangat.” Puan Suria tidak mahu menengangkan suasana. Batrisyah terus bingkas bangun meninggalkan bilik pejabat Faliq. Farah membuntuti gadis itu dari belakang.
            Puan Suria menarik nafas panjang. Dia pandang Faliq tajam. Dia tahu Faliq sengaja memanaskan hati gadis itu. Senyuman nakal di bibir Faliq sudah dapat dibaca. Faliq angkat kening bila dipandang sebegitu oleh Puan Suria.
            “Mula-mula menipu lama-lama mencuri.” suara Faliq.
            “You tidak kenal Batrisyah. Jangan menilai dari segi luaran dia, Faliq. I kenal dia sudah tiga tahun. I tahu siapa Batrisyah.” balas Puan Suria agak keras.
            “I sukakan gadis yang lemah lembut.”
            “I tidak datang mencarikan jodoh untuk you. I datang atas urusan kerja. Lagipun Batrisyah itu tidak mungkinlah akan jatuh hati pada you Faliq. Walau you sekacak mana pun dia tidak akan pandang you.” Puan Suria menebirkan bibir. Faliq ketawa.
            “Sorry…sorryyyy…I bergurau saja. You pun sudah berjangkit dengan Batrisyah.”
            “Bila you kuat menyakat orang ni Faliq? Selama I kenal you, you seorang yang tidak banyak cakap seperti sekarang ini. You hanya tahu tersenyum saja.” komen Puan Suria.
            “Eh! Apa pulak. I sama sajalah. Tiada apa-apa yang berubah.”
            “Iyerlah tu.”
            Beberapa jam memanaskan punggung pada sofa empuk di bilik tamu Batrisyah dapat jua menarik nafas lega bila melihat kelibat Puan Suria keluar dari bilik Faliq. Bila nampak wajah Faliq berada di belakang Puan Suria, muka Batrisyah cemberut. Sungguh dia tidak suka melihat muka Faliq. Meyampahlah. Muka macam perasan bagus.
            “Thanks kerana memberi peluang pada syarikat I.”
            “Perkara kecil saja. Lagipun I tahu syarikat you mampu buat yang terbaik.” Faliq mengerling Batrisyah yang sudah menyorok dibelakang Puan Suria. Merah menyala mukanya. Dia
cantik bila marah begitu. Tak tahulah mengapa Faliq suka memandang Batrisyah. Sebelum ini bukan mudah untuk dia menyukai seorang gadis itu dalam masa terdekat. Nak kata Batrisyah gadis yang lembut lembut dan sopan santun tak nampak pula. Pemarah adalah.
            “Okaylah Faliq. I rasa I patut gerak dulu.” Puan Suria memohon untuk meminta diri.
            “Kita jumpa lain kali. I harap you sudi keluar dinner dengan I. Jangan lupa ajak project secretary you sekali.” Sempat Faliq mengenyitkan mata pada Batrisyah. Puan Suria ketawa kecil. Betullah yang Faliq sudah tertarik pada Batrisyah.

6 comments:

  1. by hook or by crook, nak risyah dgn syed ibtisyam......................... tapi apa maksud puan suria ye?????? you takkan berjaya tawan hati risyah?????

    ReplyDelete
  2. Hahahhaha...baru peringkat permulaan. Sayangnya Syed Ibtisyam tidak sebaik yg disangka. ...tungguuuu!!!!

    ReplyDelete
  3. x nak risya ngan faliq..
    x suka2...
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. iye ke????????????apapun, best!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Nk Risya n Faliq jgk.Ibtisham tolak jauh2 ya writer.
    Dia just obsesi thdp Risya coz slm ni xde org tlk dia. Tu dia xpts asa nk tackle.
    Lgpun Temper lwnnya Cool. So, sgt sesuai Risya n Faliq.

    ReplyDelete
  6. stuju.nk risya ngan faliqqqqqqqqq

    ReplyDelete