Tab Menu

Followers

Saturday, May 22, 2010

566 Hari Mencari Cinta_12


FIRDAYU menghempaskan tubuhnya atas sofa. Dia melepaskan keluhan berat. Hari ini dia dapatcerama free dari ustaz tak bertuliah ustaz Syah Izuan. Nasib baik dia bijak menangani emosi diri. Jika tidak mahu saja muka Syah Izuan itu di simbah dengan Apple jusnya. Dia nak Syah Izuan dimalukan. Tapi kerlingan tajam Kid yang buat dia terbantut mahu meneruskan niat di hatinya itu. Celaka punya Kid. Boleh pula dia menghendap aku pergi bertemujanji. Mesti pasal kes mamat gila tempoh hari itu. Firdayu meramas-ramas rambutnya yang mengurai melepasi bahu itu.
            “Kenapa dengan anak gadis babah ni? Ada masalah ke dengan temujanji tadi?” Babah merapati anak tunggalnya itu.
Firdayu mencebik. Babah mestilah tahukan apa yang membelenggu otak dia. Kid kan sentiasa inform pada babah pasal senarai jodohnya itu. Apa yang menarik sangat tentang perkahwinan? Hidup seorang lagi best! Harta pun banyak. Aiseh! Lupa pulak yang dia ada buat perjanjian bodoh dengan orang tua gayut itu. Firdayu memandang kalendar yang terlekat pada dinding. Tiga bulan telah berlalu. Dia masih boleh bersikap sambil lewa. Awal lagi.
“Yue rasa nak stop saja dengan senarai jodoh yang babah dan Kid buat tu. Yue nak buat senarai jodoh Yue sendiri.”
“La…mana boleh buat begitu sayang. Yue kan dah janji dengan babah akan ikut senarai jodoh tu. Lagipun mereka semua calon lelaki yang bersesuai dengan Yue.”
“Bersesuaian babah kata. Habis yang tersenarai nama orang gila tu apa babah nak jawab pada Yue. Mujur saja Yue tidak diapa-apakan tahu. Malu Yue tahu. Pereka fesyen terkenal dipermainkan oleh orang gila.”
“Okaylah tu. Jika tidak asyik Yue saja yang permainkan orang.”
“Babah.” Yue sudah menghentakkan kaki. Bencilah bila babah pun ketawakan dia.
“Yue. Nenek ada calling babah tadi. Dia ajak kita datang ke vila. Ada kenduri kesyukuran.”
“Tak mahulah. Rimaslah nak opakai bjau kurung tu. Babah pun tahu Yue bukannya suka dengan Vila keramat Nenek. Menyeramkan. Entah-entah Nenek ada mem
-bela. Yue tak mahu jadi pengganti.”
“Apa yang Yue mengarut sangat ni. Tak baik buruk sangka dengan Nenek.” Encik Fahrin mengetuk perlahan kepala Firdayu. Cabul sungguh mulut anak gadisnya itu.
“Eleh. Sebelum ini ada Nenek ambil kisah pasal kita. Tak ada kan. Nenek tu memang selalu ada tipu muslihatnya babah. Dulu bukan main sayang lagi pada cucu-cucu dia yang berbelas orang itu. Terutamanya Fatin anak Dato’ Nasrin dan Datin Kalsom. Siap letak nama Fatin sebagai bakal pewaris harta. Alih-alih lepas jumpa kita balik orang tua gayut itu buat pertukaran dengan Yue pulak. Nak kata nyanyuk masih betul lagi.”
Memang susah nak yakin Firdayu yang Nenek bukan lagi macam dulu-dulu. Nenek dah baik dah berubah. Nenek hanya mahu menebus kesilapan lalu. Ingin berbaik-baik dengan musuh ketatnya Firdayu.
“Yue dah lupa ya. Kita hanya manusia biasa Yue. Nenek pun manusia biasa. Semua orang ada buat silap. Bagilah peluang pada nenek.”
“Huh! Jangan haraplah Yue berbaik-baik dengan orang tua gayut itu. Kalau boleh Yue nak nenek tinggal sehelai sepinggang. Biar nenek pada kedana.”
“Angkuh betul anak babah ni. Babah nasihatkan Yue jangan pandang rendah pada nenek. Ingat Yue masih tak dapat lagi cari lelaki yang Yue cintai. Babah tak mahu cinta kontrak.” Encik Fahrin memberikan peringatan pada anak gadisnya itu. Bukan apa Firdayu bukan boleh percaya sangat. Sama saja dengan sikap mak mertuanya itu. Banyak tipu muslihat.
“Yue tahulah. Tak perlu babah nak beri peringatan pada Yue berulang-ulang kali.” Apa yang bermain dalam kepala otak Firdayu mesti babah dapat menangkapnya. Itu yang payah. Dia memang ada fikirkan rancangan sedemikian.
            “Ingat Yue. Tidak mahu ada cinta kontrak.” Babah pula angkat-angkat kening. Makin cemberut muka Firdayu. Sah-sah Kid akan mengawasi dia dengan makin ketat lagi.
            “Babah ingat Yue tak boleh cari cinta Yue ke?’
            “Iya ke? Babah memang sentiasa yakin dengan Yue.” Encik Fahrin ketawa kecil. Saja diperlinya anak gadisnya itu. Ingat mudah ke nak mencari cinta kalau perngai pun macam playgirl. Asyik bertukar-tukar teman lekaki saja. Tak pernah ada yang kekal. Nak kata bercinta tak ada angaunya pulak. Main-main adalah.
            “Yue dah jumpa calon yang sesuai dah babah.”
            “Ruzair bukan.” Encik Fahrin bijak meneka. Tak boleh nak buat apa-apa. Pandai-pandailah Fatin menjaga tunangnya.
            “Yup. Lelaki yang paling layak menjadi bakal menantu babah.” Firdayu tersenyum girang. Encik Fahrin gelengkan kepala. Firdayu nak rampas Ruzair dari Fatin semata-mata nak balas dendam bodohnya saja. Kalau nak bagi nasihat pun tiada gunanya. Firdayu bukan jenis yang mendengar kata.

KE mana saja langkah Kid, Datin Sam akan ekori. Naik rimas pun ada Firdayu melihatnya. Orang dah kata tak nak masih nak dipaksa-paksa juga. Kid pun bukan nak halau datin berlemak itu. Buat selamba dek dia saja. Datin Sam buat muka kesiannya depan Kid. Dia tak mahu ambil orang lain selain Kid. Kid mesti jadi model iklan komersial dia. Tidak dihiraukan mata tajam Firdayu yang mengerling. Datin Sam terus-menerus mengganggu Kid.
            Andy sudah makin jealous. Rosimah dan Linda ketawa mengekeh. Siapa boleh tahan tengok sikap bolayan Kid. Bila penat Datin Sam duduk di sofa tamu. Mengeluh panjang wanita itu. Apa tidaknya. No reaction dari lelaki bernama Kid itu. Hampir boleh berputus asa kalau begini. Datin Sam bermuka monyok. Teh yang dihidangkan oleh Aliyah pekerja baru di ‘Rosette Fashion Designer’ langsung tidak berusik. Mujur gadis itu sedia menemani dan berbual dengan Datin Sam berbanding dengan pekerja yang lain. Ramah dan lemah lembut. Bukan seperti boss di ‘Rosette Fashion Designer’. Jahat berhantu. Tak tahu perempuan jenis apa Firdayu itu. Ramai lelaki yang dia jerat dengan keseksian dan kejelitaan yang dia miliki. Bodoh betul lelaki-lelaki itu.
            Hampir luruh jantung Datin Sam dan Aliyah apabila Kid muncul di hadapan mereka secara mengejut. Kid memandang tajam ke arah Datin Sam. Tiada segaris senyuman terukir di bibir Kid. Tampak dia begitu serius sekali. Aliyah pandang wajah Kid yang serius tidak berkelip mata. Dia mengulum senyuman. Tidak kisahlah jika senyumannya itu tidak berbalas.
            “Saya akan tolong datin.” Kid membuka mulutnya. Serta-merta wajah Datin Sam berubah. Ceria seratus-peratus. Kalau Kid anak dia sudah pasti dia peluk anak muda itu erat-erat tau. Aliyah turut menumpang gembira.
            “Thank you Kid. Thank you. I’m so glad.
            “Jangan ucapkan terima kasih pada saya tapi ucapkan pada boss saya. Dia yang suruh saya terima twaran awak itu sebab dia dah jelak tengok awak datang sini hari-hari kacau hidup saya.” Kid mengerling pada Firdayu yang sedang bersandar di dinding menyilangkan tangan. Apa lagi ternganga mulut Datin Sam. Kalau ada lalat pasti gerenti masuk ke dalam lubang gua yang terbuka luas itu. Betullah budak Kid ini hanya akan menurut arahan dari Firdayu.
            “I tak faham kenapa you boleh bertahan bekerja dengan Cik Firdayu you itu. Kan lebih baik you bekerja sepenuh masa dengan I. I boleh bayar lebih dari dia.” Datin Sam cebirkan bibir ke arah Firdayu.
            “Maaf datin. Saya lebih senang bekerja dengan Cik Firdayu.” Pengakuan yang tidak tahu sama ada jujur atau pun tidak.
            “I rasa you kena guna-guna dengan perempuan jahat itulah Kid. Lebih baik you berubat. I boleh syorkan bomoh yang bagus untuk you.” Memang Datin Sam tak sayang mulut. Kalau Firdayu sah-sah kena gayang dengan poison ivy itu. Lebih baik Datin Sam jangan cari bala dengan Firdayu.
            “Jaga-jaga mulut datin bila menyebut tentang boss saya. Saya tak mahu datin timbulkan masalah dengan dia. Datin pun kenal dia bagaimana orangnya.”
            “Betul juga kata you. I pun tak mahu dia buat kacau dalam hidup I. Porak peranda nanti.” Datin Sam mengusap dagu yang penuh lemak berkrim itu. Semua mak datin sudah menyedari kebahayaan wanita jelita bernama Firdayu itu. Sebagai langkah berjaga-jaga elakkan diri dari menimbulkan masalah yang melibatkan Firdayu.
            Aliyah lega kerana Firdayu melepaskan jua Kid untuk membantu Datin Sam menyempurnakan iklan komersialnya. Walaupun dia masih baru di syarikat itu, Aliyah tidak merasakan Firdayu wanita yang amat teruk. Ada masanya wanita itu boleh di bawa berbincang. Tengok saja Luqman. Tiada masalah berkaitan dengan kerjanya. Itu sebab Luqman boleh dilantik menjadi ketua fashion designer di syarikat berkenaan.
            “Cik Liya…you take over my job untuk beberapa hari ini.” Kid mengalihkan pandangan mata kepada Aliayah. Tersentak Aliyah.
            “Me?” soal Aliyah bagai tidak percaya. Menggantikan tempat Kid di sisi Firdayu bukan satu kerja yang mudah. Hampir dua puluh jam mengikut punggung Firdayu. Boleh
ke Aliyah melakukan yang terbaik? Rasa tidak yakin pula.
            “Don’t worry. Cik Firdayu memang cerewet tapi dia tak makan orang. Buat saja kerja yang dia suruh.” suara Kid. Tiada orang lebih layak menggantikan tempat untuk seketika melainkan gadis lemah lembut itu.
            Aliyah menundukkan kepala. Pandangan redup Kid menyejukkan hati. Bagaikan ada kemesraan antara dia dengan Kid. Sikap Kid yang macam stone itu tidak menghalang Aliyah merapati lelaki itu. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya.
            “Good! Awak boleh mulakan tugas awak sekarang.”
            “Now?” Aliyah pula ternganga mulut. Kid anggukkan kepalanya. Aliyah perlu menemani Firdyau bertemu dengan pengedar mereka dari China selepas makan tengahari. Pengedar tersebut amat penting pada Firdayu untuk mendapatkan kain-kain yang bermutu tinggi.

1 comment: